Monday, 9 July 2012


‘SEKOLAHKU RUMAHKU’

Bismillah…

Lupakan sebentar isu semasa,
Dengarkan saya hadirkan hati,
Tampil kini kali pertama,
Dengan minda  penuh berisi.

Mari bersama tumpukan kepada pidato saya‘ SEKOLAHKU RUMAHKU’.

Terima kasih saudara pengacara,
Panel hakim yang bijaksana,
Guru-guru bijak berilmu,
Serta rakan-rakan yang ada.

Assalamualaikum…

Saudara saudari sekalian,
  1. Hujah saya yang pertama “Sekolahku Rumahku” – MELAHIRKAN INSAN BERILMU.  

Sedari usia kurang 7 tahun sehingga mencecah 17 tahun masa kita dihabiskan di institusi bernama ‘sekolah’. Dek kerana 1/3 hari dihabiskan di sini ia mencetuskan semangat kekeluargaan dan sayang menyayangi antara warga sekolah dan isi rumah. Warna-warna insane dicorakkan di sini. Maka lahirlah generasi berilmu dan beriman. Wajarlah sekolah diibaratkan seperti rumah.

 Ditambah pula dengan penubuhan sekolah KLUSTER . Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia , Dato’ Noh Omar, yang berucap di Majlis Penutup Konvensyen Pembangunan Sukan Sekolah di Institut Aminudin Baki, berkata, ‘ Penubuhan sekolah KLUSTER sejajar dengan usaha memantapkan pencapaian cemerlang sebagai pemangkin kepada kejayaan berterusan .

Tegasnya , Sekolahku Rumahku amat bertepatan sekali.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian,

  1. Hujah saya yang kedua – MEMAJUKAN POTENSI DAN BAKAT DIRI.

Sekolah melalui penubuhan kelab dan persatuan meransang murid, mencungkil bakatdan memajukan segala potensi pada diri mereka.
Kejayaan dalam bidang ko-kurikulum ditempa di sini. Ia melahirkan warga pelajar yang berdaya saing tinggi secara positif.
Memetik kata-kata Dato’ Maznah Hamid dalam bukunya MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN : Kita mestilah mencabar potensi diri yang begitu kaya berada dalam diri kita. Di sinilah peranan sekolah melalui semangat ‘sekolahku rumahku’  dalam mencabar potensi diri. Seterusnya melahirkan insane yang cemerlang kurikulum dan ko-kurikulum Nyatalah sekolahku rumahku amat bersesuaian dalam memajukan potensi dan bakat murid.


Saudara-saudari sekalian,

  1. Hujah saya yang ketiga ‘MELAHIRKAN INSAN BERJATIDIRI TINGGI’

 Daripada cakna hujah pertama dan kedua maka lahirlah insan yang berjatidiri tinggi. Sesuai sekali ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’  yang kini menjadi visi dan misi kebanyakan sekolah di Malaysia baik di Bandar mahupun desa. Contohnya , sekolah terpencil di Jerantut, Pahang iaitu SK Lepar Utara.
Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron ; ‘Untuk guru masa kini tampil sebagai warga pendidik cemerlang mereka perlu meneroka pelbagai aspek ilmu. Daripada sini akan dapat mendidik anak bangsa yang mempunyai jatidiri selain cemerlang dalam akademik dan non-akademik.





Konklusi daripada khidmat SEKOLAHKU RUMAHKU,  indahnya,
 lahirlah generasi yang tersemai disiplin kendiri yang tinggi ,  berkeyakinan diri yang teguh dan seterusnya dapat mengekalkan budaya sendiri.

Nah! ‘Sekolahku Rumahku’ , jadikan impian kita satu kenyataan.

Sekian , wabillahi taufik….
Assalamualaikum..

Thursday, 5 July 2012

Sila klik di sini untuk Koleksi Minda: Penulisan Karangan: UNIT 1    :    STRATEGI  MANJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT.   1.      Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar ...