‘SEKOLAHKU
RUMAHKU’
Bismillah…
Lupakan sebentar
isu semasa,
Dengarkan saya
hadirkan hati,
Tampil kini kali
pertama,
Dengan minda penuh berisi.
Mari bersama
tumpukan kepada pidato saya‘ SEKOLAHKU RUMAHKU’.
Terima kasih
saudara pengacara,
Panel hakim yang
bijaksana,
Guru-guru bijak berilmu,
Serta rakan-rakan yang ada.
Assalamualaikum…
Saudara saudari
sekalian,
- Hujah saya yang pertama “Sekolahku Rumahku” – MELAHIRKAN INSAN BERILMU.
Sedari
usia kurang 7 tahun sehingga mencecah 17 tahun masa kita dihabiskan di
institusi bernama ‘sekolah’. Dek kerana 1/3 hari dihabiskan di sini ia
mencetuskan semangat kekeluargaan dan sayang menyayangi antara warga sekolah
dan isi rumah. Warna-warna insane dicorakkan di sini. Maka lahirlah
generasi berilmu dan beriman. Wajarlah sekolah diibaratkan seperti rumah.
Ditambah pula dengan penubuhan sekolah KLUSTER
. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
, Dato’ Noh Omar, yang berucap di Majlis Penutup Konvensyen Pembangunan Sukan
Sekolah di Institut Aminudin Baki, berkata, ‘ Penubuhan sekolah KLUSTER sejajar
dengan usaha memantapkan pencapaian cemerlang sebagai pemangkin kepada kejayaan
berterusan .
Tegasnya , Sekolahku Rumahku amat
bertepatan sekali.
Saudara-saudari
yang dirahmati Allah sekalian,
- Hujah saya yang kedua – MEMAJUKAN POTENSI DAN BAKAT DIRI.
Sekolah melalui penubuhan kelab dan
persatuan meransang murid, mencungkil bakatdan memajukan segala potensi pada
diri mereka.
Kejayaan dalam bidang ko-kurikulum
ditempa di sini. Ia melahirkan
warga pelajar yang berdaya saing tinggi secara positif.
Memetik
kata-kata Dato’ Maznah Hamid dalam bukunya MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN : Kita
mestilah mencabar potensi diri yang begitu kaya berada dalam diri kita. Di
sinilah peranan sekolah melalui semangat ‘sekolahku rumahku’ dalam mencabar potensi diri. Seterusnya
melahirkan insane yang cemerlang kurikulum dan ko-kurikulum Nyatalah sekolahku
rumahku amat bersesuaian dalam memajukan potensi dan bakat murid.
Saudara-saudari
sekalian,
- Hujah saya yang ketiga ‘MELAHIRKAN INSAN BERJATIDIRI TINGGI’
Daripada cakna hujah pertama dan kedua maka
lahirlah insan yang berjatidiri tinggi. Sesuai sekali ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ yang kini menjadi visi dan misi kebanyakan
sekolah di Malaysia
baik di Bandar mahupun desa. Contohnya , sekolah terpencil di Jerantut, Pahang
iaitu SK Lepar Utara.
Menurut Profesor
Emeritus Datuk Dr Isahak Haron ; ‘Untuk guru masa kini tampil sebagai warga
pendidik cemerlang mereka perlu meneroka pelbagai aspek ilmu. Daripada sini
akan dapat mendidik anak bangsa yang mempunyai jatidiri selain cemerlang dalam
akademik dan non-akademik.
Konklusi daripada khidmat SEKOLAHKU RUMAHKU, indahnya,
lahirlah generasi yang tersemai
disiplin kendiri yang tinggi ,
berkeyakinan diri yang teguh dan seterusnya dapat mengekalkan budaya
sendiri.
Nah! ‘Sekolahku
Rumahku’ , jadikan impian kita satu kenyataan.
Sekian , wabillahi
taufik….
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment