Tanda titik, noktah, sempang
Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik. Contohnya:
Dr. (Doktor)
Sdr. (Saudara)
En. (Encik)
Tn. (Tuan)
Prof. (Profesor)
Kol. (Kolonel)
Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:
b.p. (bagi pihak)
s.k. (salinan kepada)
u.p. (untuk perhatian
m.s. (muka surat)
dsb. (dan sebagainya)
dll. (dan lain-lain
hlm. (halaman)
spt. (seperti)
Singkatan bagi nama negara, jabatan, institusi, organisasi dan pertubuhan dan peristiwa yang terdiri daripada huruf pertama (parap) ditulis tanpa titik.
JPM DBP SPM SM
EON BBMB MRSM TM
UMNO PPM SMK SRK
PBB GPMS PKG MPSP
Singkatan gelar, jawatan dan sapaan yang terdiri daripada huruf pertama (parap) tidak menggunakan noktah.
YAB AMN YB KSU
YDP YTM
Untuk menulis kata ganda.
surat-surat tiba-tiba
pelabur-pelabur berbagai-bagai
tercari-cari kedua-dua
minum-minum tulis-menulis
Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang
dimulai dengan huruf besar: Contohnya:
anti-Amerika pro-Iraq
petunjuk-Nya hamba-Mu
Untuk merangkaikan
huruf dengan angka dan angka dengan akhiran –
an. Contohnya:
kedua tahun 90-an
ke-100 awal 30-an
Untuk menyambungkan suku kata
yang terpisah kerana perpindahan baris. Contohnya:
i. Dasar pendidikan negara bertujuan untuk mem-
bentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu.
ii. Dasar pendidikan negara bertujuan untuk memben-
tuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu.
Hak Cipta untuk Perekayasaan oleh:
Tn. Hj. Harum bin Awang/Munsyi Dewan/2006
Khidmat Ceramah/Bengkel: Tel. 013-4845502
atau DBP Wilayah Utara.
No comments:
Post a Comment